Bahan-Bahan Resepi Koktail Buah
2 tin susu cair
1 tin laici / longan
1 tin buah untuk koktail
Nata de coco
Sumi Jelly
Sedikit bahan perasa (gula dan garam).
Nak tambah buah-buah lain pun boleh. Ikut selera korang.
Cara-Cara Membuat Koktail Buah
- Campurkan susu cair, air longan, air buah koktail, air nata de coco (ambil air sahaja, buah asingkan dalam bekas lain)
- Masukkan sedikit gula (untuk tambah manis, jika suka) dan secubit kecil garam.
- Kacau campuran tadi sehingga gula dan garam hancur atau boleh juga panaskan / masak di atas dapur untuk seketika (keluar wap dan boleh padam api).
- Jika dimasak, sejukkan dahulu barulah boleh masukkan isi buah yang diketepikan tadi bersama sumi jelly.
- Letakkan ais, sedia untuk dihidangkan.
Resepi Oleh Adam Aiman
