RESEPI AIR KOKTAIL



 

Bahan-Bahan Resepi Koktail Buah

2 tin susu cair
1 tin laici / longan
1 tin buah untuk koktail
Nata de coco
Sumi Jelly
Sedikit bahan perasa (gula dan garam).

Nak tambah buah-buah lain pun boleh. Ikut selera korang.

Cara-Cara Membuat Koktail Buah

  1. Campurkan susu cair, air longan, air buah koktail, air nata de coco (ambil air sahaja, buah asingkan dalam bekas lain)
  2. Masukkan sedikit gula (untuk tambah manis, jika suka) dan secubit kecil garam.
  3. Kacau campuran tadi sehingga gula dan garam hancur atau boleh juga panaskan / masak di atas dapur untuk seketika (keluar wap dan boleh padam api).
  4. Jika dimasak, sejukkan dahulu barulah boleh masukkan isi buah yang diketepikan tadi bersama sumi jelly.
  5. Letakkan ais, sedia untuk dihidangkan.

Resepi Oleh Adam Aiman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *